Friday 24 February 2012

Cara Murah dan Mudah untuk Memulakan Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersial dalam masa 3 bulan

Pengenalan
Penternakan Arnab Pedaging

Secara umumnya cara penternakan arnab pedaging adalah lebih ringkas dibandingkan dengan penternakan arnab untuk tujuaan pemeliharan. Arnab pedaging tidak perlu/hanya terdapat 2 jenis sahaja yang sesuai  iaitu  jenis New Zeland White dan California. Untuk tujuan pemeliharan atau binatang kesayangan terdapat banyak jenis yang kita perlukan dan memerlukan pemilihan yang bijak mengikut permintaan ramai. Untuk memulakan penternakan Arnab pedaging secara komersial boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya dengan nisbah 1:5 iaitu 1 jantan : 5 betina. Secara purata seekor arnab betina boleh beranak sekurang-kurangnya 5 ekor (jantan/betina). Di sini saya ingin menceritakan  berhubung dengan arnab pedaging sahaja. Secara kasarnya seekor arnab jantan dan betina mula mengawan seelok-eloknya berumur 3 bulan. Selalunya penternak arnab pedaging akan menjual anak-anak arnab setelah bercerai susu berumur 1 1/2 bulan atau 45 hari.

Untuk pertanyaan bolehlah layari email :arnab.agro@yahoo.com

Gambar: Arnab New Zeland White


Gambar: Arnab Carlifornia


 Langkah Awal bagi memulakan penternakan Arnab Pedaging
  • Dapatkan bahan bacan berhubung dengan penternakan arnab secara komersial. 
    • Contoh buku yang ada di pasaran seperti Kaedah Praktikal Mengatasi Permasalahan PENTERNAKAN ARNAB secara komersial. Siri Agro terbitan synergy Media Books.

  • Pemilihan Induk Arnab Pedaging dan jumlah ternakan dan  angaran jadual penghasilan.
    • Untuk penghasilan anak arnab yang cepat dalam tempoh yang singkat bolehlah membeli anak  arnab     bagi tujuan induk dengan nisbah 1:1 iaitu 1 ekor jantan :1 ekor betina yang berumur 1 1/2 bulan atau 45 hari.  sekiranya mempunya modal yang mencukupi boleh membeli arnab induk 10:10 iaitu 10 jantan : 10 betina. Apa tujuannya kita memulakan dengan sedemikian?.

    • Pertamanya, Arnab Induk mula atau sesuai untuk mengawan sebaik-baiknya berumur 2 1/2 bulan (75 hari). Tempoh masa itu agak lama, oleh itu kita memerlukan  induk dewasa yang banyak bagi menghasilkan anak yang banyak dalam masa yang serentak. Untuk mendapatkan induk yang berumur 1 1/2 bulan biasanya penternak akan menjual dengna harga sekitar RM35/ekor. Untuk membuat tempahan bolehlah emailkan ke:arnab.agro@yahoo.com .Sebagai panduan lihat jadual di bawah:
                    ___________________________________________________________________
                    | Bulan  | Induk  | Gemukkan  | Mengawan | Beranak  | Nota                          
                    ___________________________________________________________________
                    |     1     | 10:10  |     20 ekor  |         -         |       -       | umur arnab 1 1/2 bulan
                    ___________________________________________________________________       
                    |     2     | 10:10  |        -          |     10: 10    |      -        | umur arnab 2 1/2 bulan
                    ___________________________________________________________________
                    |     3     |    10    |        -          |                  |     10       | umur arnab betina 
                                                                                                     3 1/2 bulan  dengan 
                                                                                                     menghasilkan anak @ 5
                                                                                                     ekor setiap seekor (50 ekor)
                    ____________________________________________________________________
    • Keduanya, melalui jadual di atas itulah tujuan sebenar mengapa pada peringkat awal kita  memerlukan induk dengan nisbah 10:10. Sekarang setelah 3 bulan kita sudah mempunyai induk jantan  yang matang dan 50 ekor anak arnab (jantan dan betina). Untuk pengetahuan seekor pejantan hanya sesuai untuk dikhawinkan sebanyak dua kali sehari dan masa yang sesuai ialah di waktu pagi dan sebelah petang. Anak-anak arnab tadi boleh dibesarkan sehingga bercerai susu setelah berumur 1 1/2 bulan dan ulang jadual di atas bagi tujuan dikahawinkan semula betina bagi tujuan pembiakan.
    • Ketiganya, Umur arnab induk boleh di simpan sehingga berumur 2 tahun atau lebih. bagi tujuan arnab pedaging kita boleh menjual arnab induk tadi setelah kita mendapat taget induk yang ideal bagi penghasilan daging arnab atau bagi tujuan jualan anak arnab pedaging, ataupun setelah induk jantan melebihi daripada induk betina, sebagai contoh kita hanya memerlukan induk betina 200 ekor, jadi kita memerlukan induk jantan 100 ekor sahaja  bagi tujuan pembiakan yang pantas tanpa menungu masa.


  • Peralatan dan aksosari bagi tujuan penempatan arnab atau reban serta sangkar arnab.
    • Aksesori tempat minum arnab hendaklah mengunakan peralatan yang sesuai dan menjimatkan terdapat 2 jenis tempat minum arnab yang sesuai:-
      • Untuk kegunaan single iaitu satu arnab satu tempat minum boleh mendapatkan aksesori seperti gambar di bawah. 
        Gambaar: Nozzel minuman arnab


        Gamabr: Nozzel minuman arnab
        • Tempat minum arnab in amat praktikal kerana walaupun harganya agak mahal tetapi boleh digunakan atau diselengara dengan mudah. lebih penting lagi boleh menggunakan bekas botol minuman yang bersaiz kecil atau besar dan ianya mempunyai kelip untuk mengelakkan botol air jatuh atau terlepas. Untuk tempahan bolehlah emailkan ke:arnab.agro@yahoo.com 

      • Untuk kegunaan secara kelompok atau banyak boleh mengunakan peralatan seperti gambar di bawah. 
      •  
         
        Gambar: Nozzel minuman arnab secara kelompok
































































        • Ianya lagi praktikal untuk perternakan secara komersial dan harganya 3 kali lebih murah daripada yang  single. Peralatan ini sangat sesuai kerana senang untuk di selengara sebagai contoh hanya memerlukan satu bekas air yang boleh menampung atau mengikut bilangan arnab yang disambungkan. Untuk tempahan bolehleh emailkan :arnab.agro@yahoo.com

    • Bekas makanan arnab yang sesuai adalah mengunakan bekas tembikar yang sederhana yang boleh memuatkan 100 gram makanan sehari bagi seekor arnab. Ianya mestilah berat bagi mengelakkan makanan tumpah. Bekas juga tidak perlu terlalu besar kerana arnab suka mengais makanan dan duduk dalam bekas sekiaranya ianya besar. Bekas tembikar yang sesuai adalah seperti gambar di bawah. untuk tempahan juga bolehlah emailkan :arnab.agro@yahoo.com



    • Membuat sangkar yang dengan kos yang murah dan mudah diselengara, Barang diperlukan adalah seperti di bawah serta kegunaannya.
      • dawai VRC bersaiz 1/2 inci x 1 inci - harga dalam lingkungan RM3.00 sekaki di mana mempunyai ketinggian 3 kaki dan boleh di dapati di kedai hardware yang berdekatan dengan anda. Sila lihat gambar di bawah sebagai panduan.

Gambar: Sangkar armab dari dawai VRC
Gambar: Sangkar arnab baru dari dawai VRC

Untuk mendapatkan panduan cara membuat sangkar arnab bolehlah dapatkan daripada e-book bertajuk 'Cara Membuat sangkar arnab mengunakan VRC dan Zink". Dengan  creditkan RM5.00 ke dalam Akaun Maybank:114348110709 atas nama - JAMSARI BIN SAHRI


e-book : "Cara membuat sangkar arnab dan berlantaikan Zink"
Rujuk Gambar di bawah:


Langkah-langkai Untuk mendapatkan e-book
bank inkan RM5.00 ke akaun Maybank
Nama : Jamsari Bin Sahri
Scan Slip pembayaran dan emailkan ke Arnab.Agro@yahoo.com
Sertakan Nama dan Alamat email untuk emailkan kepada anda.
Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan ke email Arnab.Agro@yahoo.com

Cara Merawat arnab mengalami Cirit-birit?
Apa kesannya terhadap arnab yang terkena cirit birit?
Untuk makluman semua, apabila arnab mengalami cirit-birit hendaklah dirawat
dengan segera. Arnab akan mati dalam masa 1 atau 2 hari sekiranya tidak dirawat.

Biasanya arnab akan mengalami cirit-birit dalam lingkungan 3 bulan ke bawah tidak
kira sama ada jantan atau betina. Puncanya saya tidak pasti.

Untuk bertindak dengan pantas sekiranya ianya berlaku. Apa yang perlu dilakukan
ialah:-
  • Asingkan arnab yang mengalami cirit-birit atau jadikan ia dalam satu tempat
  • Cuci najis pada badan arnab supaya tiada lalat yang hinggap dengan menggunakan air suam.
  • Yang paling penting dapatkan ubat ciri-birit. Mengikut pengalaman saya, saya dapatkan pil Chi-Kit-Teck-Aun.

      Gambar: Pil Chi-Kit-Teck-Aun
  • Caranya
    • ambil satu peket pil Chi-Kit-Teck-Aun
    • hancurkannya sehingga halus
    • campurkan sedikit air panas sehingga sebati dan tambahkan air biasa supaya ianya suam dan arnab boleh meminumnya.
    • ambil picagari untuk memberi minum kepada arnab.
    • pegang telinga arnab dan angkatnya supaya ianya tidak meronta.
    • masukkan picagari ke mulut arnab dan baginya minum. buat 2 atau tiga kali atau mengikut keadan cirit-birit arnab.
    • Selepas itu belai arnab supaya ianya tidak merasa takut.
    • selebihnya masukkan kedalam bekas minuman arnab supaya arnab dapat minum sendiri sehingga ianya sembuh sepenuhnya.
    • InsyaAllah arnab akan sembuk dengan segera sekiranya ianya dalam peringkat awal.