Friday 24 February 2012

Cara Murah dan Mudah untuk Memulakan Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersial dalam masa 3 bulan

Pengenalan
Penternakan Arnab Pedaging

Secara umumnya cara penternakan arnab pedaging adalah lebih ringkas dibandingkan dengan penternakan arnab untuk tujuaan pemeliharan. Arnab pedaging tidak perlu/hanya terdapat 2 jenis sahaja yang sesuai  iaitu  jenis New Zeland White dan California. Untuk tujuan pemeliharan atau binatang kesayangan terdapat banyak jenis yang kita perlukan dan memerlukan pemilihan yang bijak mengikut permintaan ramai. Untuk memulakan penternakan Arnab pedaging secara komersial boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya dengan nisbah 1:5 iaitu 1 jantan : 5 betina. Secara purata seekor arnab betina boleh beranak sekurang-kurangnya 5 ekor (jantan/betina). Di sini saya ingin menceritakan  berhubung dengan arnab pedaging sahaja. Secara kasarnya seekor arnab jantan dan betina mula mengawan seelok-eloknya berumur 3 bulan. Selalunya penternak arnab pedaging akan menjual anak-anak arnab setelah bercerai susu berumur 1 1/2 bulan atau 45 hari.

Untuk pertanyaan bolehlah layari email :arnab.agro@yahoo.com

Gambar: Arnab New Zeland White


Gambar: Arnab Carlifornia


 Langkah Awal bagi memulakan penternakan Arnab Pedaging
  • Dapatkan bahan bacan berhubung dengan penternakan arnab secara komersial. 
    • Contoh buku yang ada di pasaran seperti Kaedah Praktikal Mengatasi Permasalahan PENTERNAKAN ARNAB secara komersial. Siri Agro terbitan synergy Media Books.

  • Pemilihan Induk Arnab Pedaging dan jumlah ternakan dan  angaran jadual penghasilan.
    • Untuk penghasilan anak arnab yang cepat dalam tempoh yang singkat bolehlah membeli anak  arnab     bagi tujuan induk dengan nisbah 1:1 iaitu 1 ekor jantan :1 ekor betina yang berumur 1 1/2 bulan atau 45 hari.  sekiranya mempunya modal yang mencukupi boleh membeli arnab induk 10:10 iaitu 10 jantan : 10 betina. Apa tujuannya kita memulakan dengan sedemikian?.

    • Pertamanya, Arnab Induk mula atau sesuai untuk mengawan sebaik-baiknya berumur 2 1/2 bulan (75 hari). Tempoh masa itu agak lama, oleh itu kita memerlukan  induk dewasa yang banyak bagi menghasilkan anak yang banyak dalam masa yang serentak. Untuk mendapatkan induk yang berumur 1 1/2 bulan biasanya penternak akan menjual dengna harga sekitar RM35/ekor. Untuk membuat tempahan bolehlah emailkan ke:arnab.agro@yahoo.com .Sebagai panduan lihat jadual di bawah:
                    ___________________________________________________________________
                    | Bulan  | Induk  | Gemukkan  | Mengawan | Beranak  | Nota                          
                    ___________________________________________________________________
                    |     1     | 10:10  |     20 ekor  |         -         |       -       | umur arnab 1 1/2 bulan
                    ___________________________________________________________________       
                    |     2     | 10:10  |        -          |     10: 10    |      -        | umur arnab 2 1/2 bulan
                    ___________________________________________________________________
                    |     3     |    10    |        -          |                  |     10       | umur arnab betina 
                                                                                                     3 1/2 bulan  dengan 
                                                                                                     menghasilkan anak @ 5
                                                                                                     ekor setiap seekor (50 ekor)
                    ____________________________________________________________________
    • Keduanya, melalui jadual di atas itulah tujuan sebenar mengapa pada peringkat awal kita  memerlukan induk dengan nisbah 10:10. Sekarang setelah 3 bulan kita sudah mempunyai induk jantan  yang matang dan 50 ekor anak arnab (jantan dan betina). Untuk pengetahuan seekor pejantan hanya sesuai untuk dikhawinkan sebanyak dua kali sehari dan masa yang sesuai ialah di waktu pagi dan sebelah petang. Anak-anak arnab tadi boleh dibesarkan sehingga bercerai susu setelah berumur 1 1/2 bulan dan ulang jadual di atas bagi tujuan dikahawinkan semula betina bagi tujuan pembiakan.
    • Ketiganya, Umur arnab induk boleh di simpan sehingga berumur 2 tahun atau lebih. bagi tujuan arnab pedaging kita boleh menjual arnab induk tadi setelah kita mendapat taget induk yang ideal bagi penghasilan daging arnab atau bagi tujuan jualan anak arnab pedaging, ataupun setelah induk jantan melebihi daripada induk betina, sebagai contoh kita hanya memerlukan induk betina 200 ekor, jadi kita memerlukan induk jantan 100 ekor sahaja  bagi tujuan pembiakan yang pantas tanpa menungu masa.


  • Peralatan dan aksosari bagi tujuan penempatan arnab atau reban serta sangkar arnab.
    • Aksesori tempat minum arnab hendaklah mengunakan peralatan yang sesuai dan menjimatkan terdapat 2 jenis tempat minum arnab yang sesuai:-
      • Untuk kegunaan single iaitu satu arnab satu tempat minum boleh mendapatkan aksesori seperti gambar di bawah. 
        Gambaar: Nozzel minuman arnab


        Gamabr: Nozzel minuman arnab
        • Tempat minum arnab in amat praktikal kerana walaupun harganya agak mahal tetapi boleh digunakan atau diselengara dengan mudah. lebih penting lagi boleh menggunakan bekas botol minuman yang bersaiz kecil atau besar dan ianya mempunyai kelip untuk mengelakkan botol air jatuh atau terlepas. Untuk tempahan bolehlah emailkan ke:arnab.agro@yahoo.com 

      • Untuk kegunaan secara kelompok atau banyak boleh mengunakan peralatan seperti gambar di bawah. 
      •  
         
        Gambar: Nozzel minuman arnab secara kelompok